Dispenser Wuduk Automatik Menggunakan ESP32
Main Article Content
Abstract
Projek ini membangunkan sebuah mesin Dispenser Wuduk Automatik yang menggunakan teknologi ESP32 untuk mengautomasikan proses pengambilan air wuduk dengan lebih bersih dan mudah. Tujuan utama projek ini ialah mengurangkan risiko penularan penyakit terutamanya semasa tempoh pandemkc serta memudahkan pengguna tanpa perlu menyentuh kepala paip dan menjimatkan masa dan air. Sistem ini dilengkapi dengan sensor infrared dan ultrasonik untuk mengesan anggota wuduk pengguna, membolehkan ESP32 mengarahkan motor driver dan motor pump untuk mengalirkan air. Pelbagai rangkaian output seperti LED, buzzer, dan paparan LCD digunakan untuk memberi amaran serta menyediakan antaramuka pengguna yang intuitif. Objektif utama projek ini termasuk kajian keberkesanan sensor yang digunakan, pembangunan sistem terintegrasi yang mampu berfungsi secara efisien, serta pengujian fungsi keseluruhan sistem. Metodologi projek melibatkan penggunaan gambarajah blok, litar skematik, dan algoritma carta alir untuk memastikan setiap komponen berfungsi dengan baik dan selari dengan tujuan projek. Keputusan kajian dipaparkan dalam bentuk jadual kebenaran yang menunjukkan tiga keadaan operasi berdasarkan input daripada sensor. Projek ini menggabungkan ciri-ciri dispenser yang dikaji dalam kajian terdahulu, menjadikannya lebih efektif dan praktikal. Di samping itu, projek ini juga memberi penekanan pada penjimatan kos pemasangan dan penyelenggaraan, menjadikannya sesuai untuk digunakan di masjid, surau, serta rumah kediaman. Dengan pendekatan ini, diharapkan penggunaan Dispenser Wuduk Automatik Menggunakan ESP32 ini dapat mempertingkatkan tahap kebersihan dan kemudahan dalam pengambilan wuduk, sekaligus mengurangkan risiko penularan penyakit di kalangan pengguna.