Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan Segera Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kota Bharu
Main Article Content
Abstract
Makanan segera dikenali sebagai pemakanan budaya barat serta makanan sejuk beku. Makanan segera menjadi
santapan setiap golongan masa kini terutama golongan remaja. Ini kerana makanan segera menjadi sebahagian gaya hidup
moden terutama di kalangan pelajar yang menghadapi masalah kesibukan dalam menguruskan kehidupan seharian. Dalam
persekitaran akademik yang sibuk, makanan segera menjadi pilihan popular disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti
kesibukan jadual harian, kemudahan lokasi restoran dan harga yang berpatutan. Kesibukan pelajar mendorong mereka
memilih makanan segera yang mudah didapati dan cepat disediakan. Selain itu, kemudahan untuk akses kepada restoran
makanan segera yang terletak berhampiran kampus serta harga yang mampu milik menjadikan makanan segera sebagai
pilihan yang praktikal. Pengaruh sosial, khususnya rakan sebaya, turut mempengaruhi keputusan ini. Kajian ini
menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang corak pemakanan pelajar dan faktor-faktor yang
mendorong mereka memilih makanan segera, serta implikasi kesihatan yang mungkin timbul akibat pilihan tersebut.
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor kesibukan dan ketiadaan masa, mengkaji kemudahan lokasi
serta menganalisa harga dan kos yang rendah yang mempengaruhi pemilihan makanan segera dalam kalangan pelajar
Politeknik Kota Bharu. Sebanyak 50 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Awam dipilih secara
rawak sebagai responden dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis mengguna aplikasi excel. Kajian ini
menggunakan kaedah data kuantitatif statistik seperti bilangan dan peratusan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa
faktor kesibukan, lokasi dan harga merupakan pemboleh ubah bebas manakala pemilihan makanan segera dalam kalangan
pelajar adalah pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor-faktor tersebut menunjukkan peratusan
yang tinggi dalam pemilihan makanan segera di kalangan pelajar. Justeru pengambilan makanan segera perlu dibendung
bagi mengelakan implikasi kepada kesihatan dalam jangkamasa yang panjang.