Kajian Rekabentuk dan Pembangunan Alat Pencucuk Sate

Main Article Content

Noorazlan Mohd Samsuddin
Asri Mat Desa
Muhammad Faiz Abdullah

Abstract

Kajian rekabentuk dan pembangunan produk ini adalah untuk membantu usahawan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) meningkatkan produktiviti perniagaan sate. Alat pencucuk sate ini merupakan alat yang direka
bentuk dan dibangunakan bagi membantu pengguna untuk mencucuk sate dengan lebih mudah dan menjimatkan
masa. Jika mengikut kaedah konvensional operasi mencucuk sate mengambil masa yang lama untuk melakukan
kerja tersebut. Tenaga kerja yang ramai diperlukan untuk melakukan kerja mencucuk sate ini. Satu kajian reka
bentuk dan pembangunan alat pencucuk sate bagi mengatasi masalah tersebut. Acuan produk ini dihasilkan dengan
menggunakan keluli tahan karat yang bermutu tinggi dan ini menjadikan kualiti produk makanan tersebut lebih
terjamin dan tidak tercemar berbanding acuan yang dibuat dengan menggunakan teflon yang ada di pasaran kini.
Hasil pembangunan alat pencucuk sate ini, satu kajian ini melibatkan lima responden yang terdiri daripada
pengusaha sate dengan menggunakan kaedah soal selidik serta ujian lari bagi mengukur masa dalam proses
mencucuk sate antara alat pencucuk sate dengan kaedah mencucuk secara tradisional. Dapatan kajian
menunjukkan dengan menggunakan alat pencucuk sate ini mempunyai rekabentuk yang baik, mudah digunakan,
dan selamat digunakan. Ujian lari menunjukkan berlaku penjimatan masa sebanyak 50% berbanding kaedah
tradisonal di mana akan membantu pengusaha sate mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 50%

Article Details

Section
Articles