Persediaan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu Menghadapi Pembelajaran Atas Talian

Main Article Content

Roslinda binti Ismail
Suhairi Suaibun
Mahamed Asri bin Mahmoo3

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran
atas talian. Responden kajian melibatkan seramai 622 pelajar semester dua, tiga, empat dan lima sesi Jun 2020
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu. Kaedah kajian adalah secara soal selidik atas talian yang
dianalisa dengan aturcara Excel. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar menghadapi
pembelajaran atas talian pada sesi Jun 2020. Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti telah menyediakan platform
Cidos 3.5 untuk pelaksanaan pembelajaran atas talian yang lebih berkesan. Hasil kajian mendapati kebanyakan
pelajar kekurangan peranti capaian internet yang baik untuk pembelajaran atas talian. Dalam masa yang sama,
pelajar juga terpaksa menghadapi tahap capaian internet yang perlahan di kediaman masing-masing. Langkahlangkah mengatasi perlu diambil oleh pihak politeknik bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan untuk
mendapatkan maklumat dari pensyarah yang mengajar dengan sempurna

Article Details

Section
Articles