Penggunaan Video 360 bagi Simulasi Teknik Penyelesaian Masalah Dalam Asas Pengaturcaraan

Main Article Content

Nor Anisah Mohd Saad
Mageswary Muniandi

Abstract

Bagi menghasilkan sebuah aturcara komputer yang baik, pelajar perlu memahami permasalahan dan teknik untuk menyelesaikan masalah iaitu mengenalpasti Input, Proses dan Output (IPO). Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk memahami tentang IPO kerana ianya melibatkan kemahiran berfikir secara logik. Justeru itu, satu video simulasi berkenaan IPO dibangunkan bagi membantu pelajar memahami IPO di dalam teknik penyelesaian masalah ini. Simulasi ini dibangunkan menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) iaitu rakaman Video 360 untuk merakam simulasi yang tertumpu kepada beberapa senario harian berkaitan IPO dan disunting menggunakan aplikasi Wonda VR. Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan teknologi realiti maya iaitu Video 360 sebagai alternatif baru bahan bantu mengajar dalam memahami teknik penyelesaian masalah. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang meliputi sebanyak 120 sampel terdiri daripada pelajar semester 1 Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik Ungku Omar (PUO). Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengkaji dua komponen utama iaitu tentang penggunaan Video 360 di kalangan pelajar dan yang kedua berkaitan kesan penggunaan Video 360 dalam pemahaman teknik penyelesaian masalah pelajar. Dapatan kajian daripada soal selidik yang diedarkan mendapati bahawa penggunaan Video 360 ini memberikan impak positif kepada pelajar dan pensyarah yang mana lebih 80% memberi skor 5 bagi soal selidik. Markah penilaian yang melibatkan topik teknik penyelesaian masalah juga meningkat sebanyak 65% berbanding data bagi pelajar yang tidak menggunakan video simulasi IPO. Video 360 ini dapat dijadikan bahan pengajaran alternatif yang dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar berkaitan teknik penyelesaian masalah dan pemikiran logik.

Article Details

Section
Articles