Simplest Mind App : Inovasi PdP Secara Offline
Main Article Content
Abstract
Simplest Mind App ini menggunakan Integrated Development Environment (IDE) yang beroperasi melalui system Android Google. Ia dibina pada perisian JetBrains’ IntelliJ IDEA dan ianya direkabentuk khusus untuk pembangunan Android. Ia boleh dimuat turun di internet, macOS sistem operasi berasaskan Linux. Rekabentuk perisian adalah menggunakan versi yang paling ringkas berasaskan platform teknologi pembelajaran yang membenarkan pensyarah untuk menghasilkan sendiri kuiz untuk pelajar mereka. Objektif pembangunan aplikasi ini adalah untuk merekabentuk aplikasi offline yang mesra pengguna, mengenalpasti kesan peningkatan motivasi dan pemarkahan pelajar dan mengenalpasti kelemahan dan penggunaan Simplest Mind App. Hasil kajian menunjukkan, 82% responden berpendapat Simplest Mind App ini adalah satu aplikasi yang menarik dan mesra pengguna, sesuai dijalankan secara offline dan App ini tidak memberi kesan kepada penggunaan data mereka. Selain itu, SMA dapat meningkatkan fokus pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kualiti pembelajaran. Manakala 73% responden berpendapat penggunaan Simplest Mind App ini menjimatkan masa set induksi pengajaran.