Projek Inovasi: Pam Penyedut Madu Kelulut

Main Article Content

Sofea Ling Abdullah
Zaleha Ya’akub

Abstract

Penyedut madu yang digunakan oleh penternak di zaman sekarang kebanyakannya menggunakan picagari dan memerlukan masa yang lama untuk proses menyedut. “Pam Penyedut Madu Kelulut” merupakan satu projek dimana direka untuk memudahkan pengguna atau penternak untuk menyedut madu kelulut serta dapat menghasilkan produk yang berkualiti dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Projek ini menggunakan sistem pam penyedut udara yang dipasang pada pam penyedut madu tersebut. Pengguna perlu menggunakan bateri terlebih dahulu untuk menghidupkan pam penyedut udara dengan menyambungkan wayar positif dan negatif pada bateri. Setelah siap prosespenyambungan wayar, hidupkan pam penyedut udara dengan menekan suis buka tutup ‘on/off’. Pastikan wayar sedutan disambung pada botol minuman semasa proses menyedut. Sebelum lakukan kerja menyedut, pastikan botol minuman diketatkan supaya kedap udara. Semasa proses menyedut dijalankan, pada hujung wayar sedutan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan tidak tersumbat supaya proses menyedut dapat dijalankan dengan lancar. Wayar sedutan yangbersaiz kecil akan membolehkan kualiti dan kuantiti produk meningkat. Hasil ujian yang dijalankan terbukti bahawa menyedut dengan menggunakan Pam Penyedut Madu Kelulut lebih mudah dan cepat berbanding menyedut menggunakan picagari. Ujian dilakukan menggunakan jam randik untuk mengambil data masa dan kuantiti madu

Article Details

Section
Articles