Tahap Kesedaran Terhadap Makanan Berlogo Halal: Kajian Kepada Pelajar Jabatan Perdagangan Semester I (Sesi Ii: 2022/2023) Politeknik Kota Bharu
Main Article Content
Abstract
Halal adalah simbol penting dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh dunia. Logo ini menjadi standard yang digunakan pengguna untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu halal ataupun tidak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan pelajar Politeknik Kota Bharu terhadap logo Halal yang terdapat pada setiap makanan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar semester 1 di PKB. Borang itu dihantar kepada Pelajar Jabatan Perdagangan semester I (Sesi II: 2022/2023) Politeknik Kota Bharu dan mendapat sambutan yang baik. Kajian ini menganalisis hanya modul yang dikembalikan yang memenuhi keperluan dengan….o Keputusan skor menunjukkan faktor persekitaran dan faktor kesedaran pelajar yang paling mempengaruhi keyakinan mereka terhadap makanan berlogo Halal. Secara praktikalnya kajian ini menawarkan beberapa kaedah untuk meningkatkan keyakinan pelajar menggunakan produk makanan halal antarabangsa dan pada masa yang sama mereka mula menyedari bahawa logo halal amat penting dalam semasa memilih produk makanan halal. Kajian ini juga boleh menjadi pelopor dalam mengkaji persepsi pelajar Politeknik Kota Bharu terhadap produk antarabangsa lain yang kini terdapat di pasaran Malaysia seperti: Makanan kesihatan, ubat-ubatan dan kosmetik.