Kajian Keperluan Nota Ringkas, Soalan dan Skema Jawapan Ulangkaji Pelajar DPM Laman Sesawang iQuestionsPKB: Satu Kajian Kes PKB

Main Article Content

Che Marzuki Che Hussin

Abstract

Bahan rujukan adalah satu keperluan bagi pelajar. Hal ini kerana pelajar memerlukan sumber rujukan bagi membantu mereka dalam proses pembelajaran. Masalah yang pelajar hadapi adalah kekurangan sumber rujukan. Masalah ini memberi kesan kepada kami pelajar untuk mendapat nota yang lengkap dan senang untuk difahami. Sumber rujukan kebanyakannya pelajar mendapat daripada pusat sumber namun hanya segelintir pelajar yang akan mencari bahan rujukan disana. Faktor lain yang menyebabkan pelajar kurang berkunjung di pusat sumber kerana mereka kekurangan masa. Sampel kajian ini adalah seramai 52 orang pelajar DPM Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. ). Nilai Cronbach Alfa untuk ke semua item kajian adalah 0.874 dan bagi Std Devistion adalah < 2.5 dan nilai Skewness adalah kurang daripada 2.0 dan  lebih besar daripada -2.0. Nilai korelasi (r) menghasilkan nilai 0.801. Kajian ini menunjukkan wujud hubungan yang kuat di antara keperluan nota dengan menggunakkan nota sebagai medium pilihan untuk pelajar mentelaah mata pelajaran. Melalui keputusan ini, maka perlu ada perisian untuk memudahkan para pelajar mengambil dan mendapatkan nota tersebut. Oleh itu, ‘i-questionpkb’ ialah satu konsep pembelajaran melalui nota lengkap dan nota ringkas serta latihan melalui soalan-soalan semester lepas yang dilakukan menggunakan media elektronik yang mana terdapat maklumat yang lengkap. Pembelajaran melalui ‘i-questionpkb’ melibatkan penggunaan internet ianya dapat menjimatkan kos pelajar.

Article Details

Section
Articles