Kajian Hampas Tebu Sebagai Bahan Campuran Dengan Simen Dalam Konkrit

Main Article Content

masarizan binti Mohamed

Abstract

Kajian Hampas Tebu Sebagai Bahan Campuran Dengan Simen Dalam Konkrit adalah untuk mengkaji kesesuaian hampas tebu bersama simen dalam pembuatan konrkit , merekabentuk bancuhan konkrit yang ditambah dengan hampas tebu dan mengenalpasti kekuatan mampatan bagi hampas tebu yang kasar dalam pembuatan konkrit. Metodologi yang digunakan bagi mengkaji kesesuain hampas tebu bersama simen dengan pembuatan konkrit adalah dengan menghasilkan, slump test dan penentuan peratus hampas tebu. Seterusnya untuk metodologi kedua pula, merekabentuk bancuhan konkrit ditambah dengan hampas tebu adalah berdasarkan kepada bancuhan berkadarkan isipadu. Manakala bagi mengenalpasti pasti kekuatan mampatan bagi hampas tebu yang kasar dalam pembuatan konkrit adalah dengan menggunakan kaedah penilaian visual dan pemulihan kekuatan mekanikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan hampas tebu yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan dan self healing adalah jenis hampas tebu dengan peratus tambahan sebanyak 5%. Dengan rekabentuk bancuhan yang disediakan, timbangan yang sesuai untuk setiap sampel akan dapat di gunakan tanpa menyebabkan banyak pembaziran. Ia juga menghasilkan bancuhan yang mempunyai kebolehkerjaan yang baik dengan nisbah air simen 0.55. Pencapaian objektif ketiga menunjukkan sampel 7 hari dan 14 hariĀ  mempunyai keretakan yang lebih berbanding sampel pada hari ke-28 hari. Penilaian pemulihan kekuatan mekanikal hari ke -28 pula menunjukkan nilai kekuatan mampatan adalah tinggi iaitu 249.4 N/mm2 berbanding sampel 7 hari adalah 160.2 N/mm2 dan hari ke-14 adalah 193 N/mm2 . Bagi pencapaian keputusan pemerhatian Self Healing pula, mendapati perubahan pada keretakan hari ke 7 hingga ke 28 adalah amat baik. Ini kerana kesan keretakan menjadi semakin pudar. Adalah diharapkan penggunaan hampas tebuĀ  akan memberikan impak yang baik dari segi memaksimakan penggunaan hampas tebu dalam industri.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)