Tahap Perlaksanaan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Besut Terengganu

Main Article Content

Endon binti Che Mat

Abstract

Solat merupakan tiang agama. Apabila Islam mengupamakan solat itu seperti tiang atau pasak pada sesebuah bangunan, maka tergambar kepada kita peri pentingnya solat dalam kehidupan seseorang individu khususnya individu muslim. Solat juga merupakan amalan yang dianggap sebagai benteng yang boleh menghalang individu muslim dari perbuatan keji dan maksiat. Ramai remaja khususnya pelajar-pelajar tidak mengambil berat tentang amalan dan penjagaan solat harian terutama solat fardhu. Justeru itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar Politeknik Besut Terengganu dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengamalan solat fardhu. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar semester 2 di Politeknik Besut Terengganu sesi II 2023/2024 seramai 150 orang dari jumlah pelajar sebenar iaitu 174 orang yang mengambil kursus pengajian Islam berdasarkan persampelan. Data dikumpul melalui pengedaran google form berbentuk soalan berskala likert. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perincian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif. Daripada dapatan kajian kolerasi yang dijalankan, tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan atau kefahaman berkaitan hukum dan bacaan solat, sikap dan pengaruh rakan merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi tahap pengamalan solat pelajar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar kursus Pengajian Islam untuk mempelbagaikan teknik dan pendekatan dalam pengajaran bagi melahirkan pelajar yang lebih mempunyai jati diri.  

Article Details

Section
Articles