Perbandingan Pencapaian Matematik Pelajar SPM Mempengaruhi Kadar Bergraduat Pada Masanya (GOT)

Main Article Content

Khairul Anuar bin Abdullah
Ira Fazlin binti Mohd Fauzi
Marhaniza binti Ibrahim
Noorshafikal bt Rusdi

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pelajar aliran Sastera mempengaruhi kadar graduan
bergraduat pada masanya (Graduate on Time). Penempuan diberikan terhadap pengambilan subjek Matematik
Tambahan di peringkat sekolah terhadap kursus Matematik Kejuruteraan bagi pelajar Diploma Kejuruteraan
Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu. Seramai 548 orang
responden telah dipilih dari 3 jabatan tersebut sebagai sampel dalam kajian ini. Analisis statistic deskriptif
digunakan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 2.0. Data kajian ini telah
dianalisis dengan menggunakan ANOVA dua-hala bagi kesemua pembolehubah yang digunakan. Hasil kajian ini
mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam nilai purata kursus Matematik Kejuruteraan bagi pelajar aliran
Sastera yang tidak mempunyai ilmu asas berkaitan dengan Matematik Tambahan dengan pelajar yang mengambil
Matematik Tambahan. Namun begitu, pelajar aliran Sastera dapat membuktikan bahawa mereka boleh mencapai
target untuk bergraduat pada masanya dengan tahap pencapaian yang lulus.

Article Details

Section
Articles