Analisis Bibliometrik bagi kertas penyelidikan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Perancangan Bandar bagi tahun 2019 – 2024

Main Article Content

Ira Fazlin binti Mohd Fauzi
Hasanah Safein@Shafie

Abstract

Abstrak Kajian ini dijalankan bagi melihat perkembangan penerbitan kertas penyelidikan bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Perancangan Bandar. Perancangan bandar menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) melibatkan penggunaan alat dan teknik GIS untuk merancang, menganalisis, dan memvisualisasikan perkembangan bandar. Pegumpulan dan pengurusan data dalam perancangan bandar melibatkan pemetaan asas yang mengandungi maklumat penting seperti jalan raya, bangunan, guna tanah dan ciri-ciri semula jadi. Dalam kaedah analisis bibliometric melibatkankan penggunaan data bibliografi secara kuantitatif, di mana pengumpulan data dilakukan dengan memilih pengkalan yang sesuai seperti Dimension Database dan menggunakan kata kunci” GIS in Urban Planning” bagi mendapatkan maklumat topik penyelidikan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dengan melihat kepada trend penerbitan, pola pengarang dan analisis jurnal. Selain itu analisis petikan turut digunakan untuk menentukan jumlah petikan, indeks-h dan faktor impak yang mempengaruhi penerbitan. Hasil daripada kajian yang dijalankan penerbitan bidang GIS dalam perancangan bandar telah menunjukkan perkembangan pesat dengan pelbagai sector yang berbeza. rend utama termasuk peningkatan bilangan penerbitan tahunan, topik penyelidikan yang berkembang seperti bandar pintar dan analisis risiko bencana, serta penggunaan teknologi terkini seperti pemodelan 3D dan AI. Kolaborasi antarabangsa juga semakin meningkat, mencerminkan kepentingan global teknologi GIS dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dan pelbagai. Analisis bibliometrik membantu memahami arah aliran ini dan mengenal pasti bidang yang memerlukan lebih banyak penyelidikan di masa depan.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)