Cocos Nucifera Milk Centrifugal Machine (Mesin CNMC)

Main Article Content

Norli Ismail
Rosnani Hassan
Julia Jamaluddin

Abstract

Cocos Nucifera Milk Centrifugal Machine (Mesin CNMC) ini merupakan suatu projek untuk menghasilkan santan kelapa yang menggunakan kaedah daya emparan. Mesin ini dapat meningkatkan kadar penghasilan santan kelapa yang bermutu berbanding kaedah manual. Mesin ini juga dicipta untuk mengurangkan kos pembelian di mana ia lebih murah dan mampu milik serta mudah alih. Antara kelebihan projek yang dihasilkan ini termasuklah pengendalian yang mudah, tidak memerlukan ruang kerja yang besar dan mengurangkan kos buruh. Mesin ini dicipta dengan menggunakan konsep daya emparan di mana kelapa parut dimasukkan ke dalam bekas berjaring yang terdapat pada bahagian pengempar mesin. Kemudian, apabila motor dihidupkan ia akan memutarkan bekas berjaring, putaran ini akan menyebabkan berlakunya satu daya emparan yang menolak santan keluar dari kelapa parut. Daripada analisa data didapati bagi setiap operasi mesin CNMC dengan memasukkan 1 kg kelapa parut, keputusan menunjukkan, mesin CNMC menghasilkan purata kuantiti santan sebanyak 0.5 liter dalam purata masa selama 3 minit dengan air sebanyak 0.3 liter ditambah ke dalam kelapa parut sebagai bahan penggalak. Manakala kaedah secara manual hanya menghasilkan 0.34 liter purata kuantiti santan dalam purata masa dan kuantiti kelapa parut yang sama. Oleh yang demikian semakin lama masa yang diambil semakin banyak keluaran santan yang dihasilkan oleh mesin CNMC.

Article Details

Section
Articles