Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan Pelajar Bagi Kursus DJJ6192- Industrial Management Sesi Jun 2018 Berdasarkan Kepada Kajian Multiple Inteligence Checklist for Adults (Mica)
Main Article Content
Abstract
Konsep kecergasan pelbagai telah dikenalpasti dalam mengukur minat seseorang dalam sesuatu bidang. Kecergasan pelbagai ini boleh dinilai melalui kajian menggunakan instrumen Multiple Intelligences Checklist for Adults (MICA) yang mengandungi 49 item bagi mewakili tujuh domain kecerdasan pelbagai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai di kalangan 62 orang pelajar semester 5 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Am) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Kota Bharu. Kajian ini mengambil kira Teori Kecerdasan Pelbagai yang melibatkan lapan tahap kecergasan iaitu linguistik, logikalmatematik, spatial (visual & ruang), kinestetik, muzikal, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai di kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Meknikal dapat dikenalpasti dengan majoriti pelajar mempunyai kecerdasan visual-ruang atau space/vision dimana kecergasan tersebut mewakili 24% dari semua pelajar. Selain itu, strategi pengajaran yang digunakan oleh pensyarah juga dapat dikenalpasti dimana pensyarah mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam merancang strategi pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif antara kecerdasan pelbagai dikalangan pelajar dan juga strategi pengajaran yang digunakan oleh pensyarah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.