Hubungkait Persepsi Tahap Kemahiran Dan Pengetahuan Pelajar Bagi Kursus Aplikasi Komputer

Main Article Content

Hafizah Abdul Rahim
Ira Fazlin Mohd Fauzi

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungkait perpektif tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar bagi kursus Aplikasi Komputer. Seramai 128 orang pelajar Politeknik Kota Bharu dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan yang mengikuti kursus ini dipilih untuk menjawab soalan kajiselidik yang berkaitan dengan tahap kemahiran pelajar secara praktikal dalam menggunakan perisian aplikasi Microsoft seperti Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint. Selain itu data penilaian pelajar dalam Theory Test telah diguna untuk mengkaji hubungkait antara kemahiran dan pengetahuan pelajar secara teori, di mana pelajar perlu menjawab soalan Theory Test secara objektif sebanyak 40 soalan yang meliputi keseluruhan topik dalam kursus Apliaksi Komputer. Bagi mencapai objektif kajian, analisa T-test telah dijalankan begi menguji tahap signifikan pelajar dalam menjawab soalan kajiselidik dan ujian Pearson Correlation digunakan untuk menguji tahap hubungan yang wujud antara kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam kursus ini. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan didapati tahap kebarangkalian pembolehubah adalah signifikan dan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara antara kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian aplikasi Microsoft dan hasil daripada ujian korelasi yang dijalankan didapati wujudnya hubungan positif yang lemah iaitu pada nilai r=0.193 yang melibatkan tahap kemahiran dan pengetahuan. Hubungan yang lemah ini disebabkan oleh kurangnya persediaan pelajar dalam menjawab soalan penilaian dan sikap pelajar yang menganggap kursus ini mudah kerana hanya melibatkan penilaian berterusan sahaja. Oleh itu peranan pendidik dalam menerapkan unsur motivasi supaya persepsi pelajar terhadap Kursus Aplikasi Komputer semakin positif dan sekaligus memberi impak untuk menguasai keseluruhan bab dan mendapat keputusan lebih baik.

Article Details

Section
Articles