Keberkesanan Laman Web Inovasi Sains Kejuruteraan Catch Me 4 E-Science

Main Article Content

Hasanah binti Safein @ Shafie
Ira Fazlin Mohd Fauzi

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam pendidikan formal haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Penularan wabak novel coronavirus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia turut menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar . Laman Web E-Science ini adalah untuk memudahkan para pelajar untuk mencari bahan rujukan pembelajaran hanya dalam satu tempat sahaja. . Ianya mirip seperti konsep “One-Stop Centre”. Dengan wujudnya inovasi laman web seperti ini akan memudahkan para pelajar untuk belajar sepanjang kuliah online mereka seterusnya menguasai dan mengaplikasi dalam dunia sebenar. Satu instrument kajian yang mengandungi 15 soalan mengenai tajuk yang dikaji. Pengumpulan data telah dijalankan oleh penyelidik dengan menggunakan borang google yang ditempatkan di satu ruangan khas di dalam laman web ini. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar bersetuju bahawa laman web pembelajaran ini dapat membantu dan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran mereka. Kajian mendapati bahawa pelajar bersikap positif, menunjukkan peningkatan minat, pemahaman dan motivasi terhadap sains kejuruteraan terhadap penggunaan laman web pembelajaran yang berasaskan laman web.

Article Details

Section
Articles