Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful

Main Article Content

Razia Malini Mohamad

Abstract

Takaful merupakan skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan saling membantu yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada pemegang polisi ketika diperlukan. Industri takaful terus berkembang dari tahun ke tahun dengan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dalam negara. Industri takaful boleh dianggap sebagai takaful patuh syariah yang mesra pengguna Islam. Takaful terbuka kepada semua orang dan tidak terhad tanpa mengira bangsa, budaya, dan agama. Orang bukan Islam juga boleh mendapatkan perlindungan dan kelebihan takaful. Menurut Bank Negara Malaysia (2021), keuntungan keseluruhan dana takaful adalah lebih rendah pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2020. Bagi dana takaful hayat dan takaful keluarga, lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan menurun kepada RM3.7 bilion (2020: RM4.7 bilion). Kesedaran yang rendah terhadap kepentingan takaful di negara ini terbukti apabila kira-kira 85 peratus penduduk masih lagi tidak mempunyai perlindungan takaful yang secukupnya ketika berlaku kecemasan. Kajian ini dilaksanakan bagi meninjau persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Faktor yang dikaji adalah pengetahuan dan kefahaman, dan penerimaan terhadap takaful. Kajian ini dijalankan untuk menyiasat persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful. Faktor yang dipertimbangkan adalah pengetahuan, pemahaman dan penerimaan takaful. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua faktor mempunyai perkaitan yang tinggi, kukuh dan signifikan dengan persepsi pelajar bukan Islam terhadap takaful.


 


Kata kunci: takaful, persepsi, pengetahuan, penerimaan.

Article Details

Section
Articles