Kajian Keberkesanan Integrated Dashboard CIST Assessment (IDCA) di Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu

Main Article Content

Razia Malini Mohamad

Abstract

Penggunaan dokumen coursework item specification table (CIST) sebagai panduan kepada pengubal item soalan dalam menggagihkan peruntukan markah berdasarkan aras kesukaran diwajibkan ke atas semua pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. Namun begitu, wujud masalah dalam integrasi maklumat dalam penyediaan CIST dan mengakibatkan timbul kesilapan dan mengambil masa yang lama. Oleh itu, tujuan aplikasi Interated Dashboard CIST Assessment (IDCA) ini dibangunkan adalah untuk dijadikan sebagai medium pemudahcara bagi pensyarah. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan dan menilai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam IDCA serta mengenalpasti penerimaan pensyarah terhadap inovasi ini. Reka bentuk kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif. Seramai 31 orang pensyarah telah menyertai kajian ini dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min serta sisihan piawai. Secara keseluruhannya aplikasi IDCA ini berjaya dibangunkan dan boleh digunakan. Hasil dapatan penilaian keberkesanan IDCA berada pada tahap tinggi (Min=4.871) menunjukkan elemen yang diintegrasikan dalam IDCA memenuhi keperluan penggunaan seperti mudah digunakan dan mesra punggana, berfungsi dengan baik dan menjimatkan masa. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada perekabentuk kandungan aplikasi khususnya bagi bidang TVET.


 


Kata kunci: CIST, IDCA, integrasi, keberkesanan.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)